Ahad, 27 Julai 2008

Tuanku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman

Baginda adalah Pengerusi MAA Holding Berhad. Baginda adalah ahli kerabat diraja Negeri Sembilan, Malaysia. Selain itu, baginda banyak membantu dalam pengurusan Kumpulan Melewar Berhad, syarikat yang dikuasai oleh kerabat diraja Negeri Sembilan, yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan.

MAA Holding Berhad

MAA adalah syarikat insurans yang ditubuhkan pada 2 September 1968 dan berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) pada Disember 1970.

Kini, MAA adalah antara syarikat insurans yang terbesar di Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans. MAA kini mempunyai seramai 1,100 orang pekerja dan 22,000 orang ejen.

Strategi Syarikat

MAA sendiri merangka pelbagai strategi bagi melahirkan ejen yang mantap. Ejen MAA dilatih supaya menjadi perancangan kewangan yang berkesan bagi setiap pelanggan mereka. Ejen dikehendaki memupuk perhubungan yang baik dengan para pelanggan dan memastikan segala kehendak unik pelanggan dipenuhi dengan sebaik - baiknya.

Bagi mencapai objektif syarikat, baginda menetapkan beberapa strategi, iaitu meningkatkan kecekapan operasi syarikat, menggalakkan inovasi produk, memperkenalkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang pantas.

Selain itu, baginda juga menetapkan piawai yang tinggi bagi syarikatnya. Setiap aspek, daripada produk yang dihasilkan hingga kepada perkhidmatan yang diberikan perlu memenuhi piawai yang ditentukan. Bagi meningkatkan ilmu dan kecekapan ejen mereka, setiap tahun, MAA membelanjakan berjuta - juta ringgit bagi mengadakan program - program latihan.

Falsafah Syarikat

Antara falsafah utama yang ditekankan oleh baginda, pekerja adalah aset syarikat yang mana pelaburan dalam pembangunan sumber manusia adalah pelaburan yang bijak dan mampu membawa pulangan yang berganda.

Penglibatan Dalam Perniagaan

Sebelum bergiat dalam dunia perniagaan, baginda pernah berkhidmat dengan sektor awam. Kemudian, pada tahun 1963, beliau meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaan sendiri. Perniagaan pertama baginda adalah perniagaan pengadunan minuman dan operasi membotolkan minuman.

Beliau kemudian memulakan syarikat pembinaan. Kedua - dua projek itu adalah usaha sama dengan syarikat asing. Tuanku Tan Sri Abdullah juga pernah menjalankan perniagaan penyelenggaraan peralatan ketenteraan dan perniagaan itu yang menjadikan beliau jutawan pada tahun 1964.

Penyertaan dalam bidang politik

Antara keunikan baginda adalah penyertaannya dalam bidang politik. Tuanku Tan Sri Abdullah menyertai bidang politik dan berjaya memenangi kerusi persekutuan di Rawang pada pilihan raya tahun 1964. Beliau aktif dalam bidang politik selama 10 tahun seterusnya sebelum mula menumpukan sepenuhnya perhatian pada perniagaannya.

Kepentingan Tunku Tan Sri Abdullah dalam MAA

Tunku Tan Sri Abdullah kini mempunyai kepentingan tidak langsung dalam MAA HoldingBerhad, iaitu dengan pegangan sebanyak 34.8%. Ia berlaku apabila Kumpulan Melewar membeli Malaysian American Assurance Berhad daripada hasil jualan pegangan tahun 80-an. Namanya kemudian ditukarkan kepada Malaysian Assurance Alliance Berhad (MAA).

Kumpulan Melewar adalah syarikat induk MAA, iaitu syarikat yang berjaya dengan 40 buah anak syarikat dan perniagaan mereka merangkumi banyak sektor, antaranya adalah perkhidmatan kewangan, pelancongan, pembinaan, pembekalan dan hiburan. Kumpulan Melewar juga pernah mempunyai kepentingan dalam Granite Industries Berhad dan PWE Industries Berhad (dijual pada awal tahun 90-an) dan stesen televisyen MetroVision (dijual pada tahun 1996).


Tiada ulasan: