Rabu, 10 September 2008

Sepuluh CEO terkaya di dunia

Empat rakyat India antara yang disenarai

NEW YORK - Taikun keluli India, Lakshmi Mittal diiktiraf sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kedua terkaya di dunia yang dipercayai mempunyai kekayaan AS$32 bilion (RM103 bilion), lapor sebuah majalah di Amerika Syarikat, Forbes semalam.

Mittal merupakan pemilik syarikat Arcelor Mittal.

Dua lagi adik beradik bilionair dari India turut disenaraikan sebagai antara 10 CEO terkaya di dunia iaitu Mukesh Ambani dan Anil Ambani yang masing-masing menduduki tempat keenam dan tujuh.

Kakayaan Mukesh dianggarkan sebanyak AS$20.1 billion (RM65 bilion) dan Anil yang merupakan Pengerusi Reliance ADA memiliki kekayaan AS$18.2 billion dolar (RM58.9 bilion),

Tempat pertama dalam senarai itu adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway, Warrent Buffett dengan kekayaan bernilai AS$52 bilion dolar (RM168 bilion).

Pengerusi di syarikat perisian komputer terbesar di India, Wipro, Azim Premji turut berada di tempat kesembilan dengan kekayaan berjumlah AS$17.1 bilion (RM55.3 bilion).

Bagaimanapun, anggaran pendapatan bagi beberapa ahli perniagaan India yang dilaporkan itu bukan maklumat terkini kerana ia diambil daripada satu senarai hampir setahun lalu.

Forbes menyatakan, senarai itu disediakan berdasarkan senarai bilionair dan jutawan Amerika Syarikat yang tercatat dalam Forbes 400 pada September lalu.

"Kami mendapati ada antara CEO itu mengasaskan syarikat mereka sendiri, selain ada yang mewarisi harta dan membina kekayaan melalui cara mereka sendiri," lapor majalah berkenaan.

Dalam senarai itu juga, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Las Vegas Sands, Sheldon Adelson menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$28 bilion (RM90 juta).

Pengerusi dan CEO LVMH Group, Bernard Arnaut berada di tempat keempat dengan kekayaan berjumlah AS$26 bilion (RM84 juta).

CEO Oracle, Lawrence Ellison menduduki tempat kelima dengan kekayaan yang sama dengan Arnaut.

Pengerusi dan CEO Dell, Michael Dell menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$17.2 bilion (RM55.6 juta).

Tempat kesepuluh adalah milik Pengerusi dan CEO Koch Industries, Charles Koch dengan kekayaan AS$17 bilion (RM55 juta) - Agensi

Khamis, 21 Ogos 2008

Tan Sri Azman Hashim

Usahawan Perbankan Elektronik (AmBank)

Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Kumpulan AmBank.

Latar Belakang
Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada seorang guru. Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia.

Kerjaya dalam bidang perbankan
Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.

Kepentingan dalam syarikat lain
Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab - Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

Kejayaan
Banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.
Pengiktirafan
Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak lagi.

Anugerah
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.
Sumbangan
Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara.

Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.

Sumber : Wikipedia & Google Book

Ahad, 27 Julai 2008

Tuanku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman

Baginda adalah Pengerusi MAA Holding Berhad. Baginda adalah ahli kerabat diraja Negeri Sembilan, Malaysia. Selain itu, baginda banyak membantu dalam pengurusan Kumpulan Melewar Berhad, syarikat yang dikuasai oleh kerabat diraja Negeri Sembilan, yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan.

MAA Holding Berhad

MAA adalah syarikat insurans yang ditubuhkan pada 2 September 1968 dan berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) pada Disember 1970.

Kini, MAA adalah antara syarikat insurans yang terbesar di Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans. MAA kini mempunyai seramai 1,100 orang pekerja dan 22,000 orang ejen.

Strategi Syarikat

MAA sendiri merangka pelbagai strategi bagi melahirkan ejen yang mantap. Ejen MAA dilatih supaya menjadi perancangan kewangan yang berkesan bagi setiap pelanggan mereka. Ejen dikehendaki memupuk perhubungan yang baik dengan para pelanggan dan memastikan segala kehendak unik pelanggan dipenuhi dengan sebaik - baiknya.

Bagi mencapai objektif syarikat, baginda menetapkan beberapa strategi, iaitu meningkatkan kecekapan operasi syarikat, menggalakkan inovasi produk, memperkenalkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang pantas.

Selain itu, baginda juga menetapkan piawai yang tinggi bagi syarikatnya. Setiap aspek, daripada produk yang dihasilkan hingga kepada perkhidmatan yang diberikan perlu memenuhi piawai yang ditentukan. Bagi meningkatkan ilmu dan kecekapan ejen mereka, setiap tahun, MAA membelanjakan berjuta - juta ringgit bagi mengadakan program - program latihan.

Falsafah Syarikat

Antara falsafah utama yang ditekankan oleh baginda, pekerja adalah aset syarikat yang mana pelaburan dalam pembangunan sumber manusia adalah pelaburan yang bijak dan mampu membawa pulangan yang berganda.

Penglibatan Dalam Perniagaan

Sebelum bergiat dalam dunia perniagaan, baginda pernah berkhidmat dengan sektor awam. Kemudian, pada tahun 1963, beliau meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaan sendiri. Perniagaan pertama baginda adalah perniagaan pengadunan minuman dan operasi membotolkan minuman.

Beliau kemudian memulakan syarikat pembinaan. Kedua - dua projek itu adalah usaha sama dengan syarikat asing. Tuanku Tan Sri Abdullah juga pernah menjalankan perniagaan penyelenggaraan peralatan ketenteraan dan perniagaan itu yang menjadikan beliau jutawan pada tahun 1964.

Penyertaan dalam bidang politik

Antara keunikan baginda adalah penyertaannya dalam bidang politik. Tuanku Tan Sri Abdullah menyertai bidang politik dan berjaya memenangi kerusi persekutuan di Rawang pada pilihan raya tahun 1964. Beliau aktif dalam bidang politik selama 10 tahun seterusnya sebelum mula menumpukan sepenuhnya perhatian pada perniagaannya.

Kepentingan Tunku Tan Sri Abdullah dalam MAA

Tunku Tan Sri Abdullah kini mempunyai kepentingan tidak langsung dalam MAA HoldingBerhad, iaitu dengan pegangan sebanyak 34.8%. Ia berlaku apabila Kumpulan Melewar membeli Malaysian American Assurance Berhad daripada hasil jualan pegangan tahun 80-an. Namanya kemudian ditukarkan kepada Malaysian Assurance Alliance Berhad (MAA).

Kumpulan Melewar adalah syarikat induk MAA, iaitu syarikat yang berjaya dengan 40 buah anak syarikat dan perniagaan mereka merangkumi banyak sektor, antaranya adalah perkhidmatan kewangan, pelancongan, pembinaan, pembekalan dan hiburan. Kumpulan Melewar juga pernah mempunyai kepentingan dalam Granite Industries Berhad dan PWE Industries Berhad (dijual pada awal tahun 90-an) dan stesen televisyen MetroVision (dijual pada tahun 1996).


Jumaat, 18 Julai 2008

Tan Sri Syed Mokhtar

Mula Berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan milik bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya penyakit kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil - kecilan.

Beliau dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga bumiputera dan restoren - restoren di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Dalam perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori kelas A. Beliay mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli 2 buah lori Mercedes 911LS.

Seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang untuk baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli 2 buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori - lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan Syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di jalan Telok Wan Jah, Alor Setar di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai BERNAS. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA senama, PERNAS Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing - masing 32% dan 16%. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhray Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar.

Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komiditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM 250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat ini ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mohktar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubahsuai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51% kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi Tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar - besaran ataupun pukal. Contohnya, menukarkan satu tan minyak sawit dengan satu tan minyak mentah.

Perniagaan Pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Perai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan louis (Amtek Garment Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan Perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada tahun USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD 600 ribu, iaitu rugi sebanyak USD 400 ribu.

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM 330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM 135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd. , beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya menyakinkan 2 buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usahasama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus. Kini, Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernialai RM 1.67 bilion.